Wednesday, March 31, 2010

POSTER TEATER

Showcase Mahkamah Keadilan di Taman Bahtera (KUO & KHAR)


Suasana di Pasar Rabu KUO


Giles mempelajari tekni-teknik memancing pembeli tiket daripada Zuraimi



Kumpulan di KHAR setelah berjaya menjual tiket mereka



Salah seorang pembeli tiket sedang mendengar penerangan Zuraimi



Asri menjual tiketnya kepada sekumpulan pelajar yang berminat


Hujan renyai-renyai jam 6 petang tidak menghalang kami untuk meneruskan showcase seperti yang telah dijadualkan. berbekalkan tiket dan flyers di tangan, bunting di tiang dan mulut yang lancang, kami semua turun ke KUO dan KHAR untuk mempromosikan teater kami, sekaligus menjual tiket-tiket masuk.

Kami berpecah kepada dua kumpulan kecil, di KUO dan di KHAR. suasana di KUO sangat meriah kerana setiap rabu pasti terdapat Pasar Rabu KUO yang diadakan dekat sini. Hujan terus mencurah tetapi kami terus tidak menyerah. Hasil jualan agak memberangsangkan. Kumpulan di KHAR berjaya menjual tiket mereka setelah usaha naik ke setiap blok hingga ke tingkat 9 dilakukan.

Selain showcase, di bilik seni tari persediaan biasa dilakukan dengan lebih kerap. Pihak Kemuncak Seni 2010 telah memberi kebenaran untuk kami melakukan promosi Teater kami di luar Panggung Budaya mulai hari pertama Kemuncak Seni esok. Kaki bunting juga telah ditempah dan dijangka akan tiba pada hari jumaat ini. Teruskan mengikuti blog Kawteam untuk liputan terkini.

Tuesday, March 30, 2010

30 April 2010


Poster FERIA 2010 yang telah dimuatkan di laman web UPSI


Kelas pada hari ini bermula seperti biasa, jam 11 pagi di bilik Brassband. Encik Zolkipli tidak hadir kerana sedang menilai pelajar yang menjalankan praktikum di Johor. Namn begitu, kelas diteruskan seperti biasa dengan latihan untuk produksi.

Semalam bahagian punblisiti telah berjaya menghantar permohonan untuk memaparkan poster FERIA 2010 di laman web rasmi UPSI. Dengan melayari www.upsi.edu.my anda boleh melihat poster FERIA 2010 yang dipaparkan pada skrin flash yang tertera. Kami juga difahamkan hebahan Teater Mahkamah Keadilan juga boleh didapati di laman blog Mekar Budaya. Terima kasih kepada bekas pensyarah teater kami, Puan Lenny untuk hebahan tersebut.

Beberapa perkembangan sedang berlaku dalam produksi Kawteam. Beberapa prop seperti replika itik angsa dan kasut capal telah siap dibuat. Perkembangan-perkembangan lain akan menyusul selepas ini. Kawteam akan mengadakan showcase Mahkamah Keadilan di Pasar Rabu KUO esok (31 Mac 2010). Teruskan mengikuti kami di blog ini...




Sesi penggambaran untuk poster

Raizol dan Sowin;mengukir itik angsa

Penari Arab sedang berlatih


FERIA 2010 di MyUPSI POrtal


Saturday, March 27, 2010

Sepanjang Hari Ini


Kawteam turut menyokong kempen Earth Hour 2010

separuh daripada lampu bilik seni tari dipadamkan semasa latihan (tak boleh padam semua, gelap gelita tak sedia lilin)

PM kami yang sedang buat senaman muka

warm up vokal Aina yang beraura

Azwan yang memberikan arahan pumping


Latihan hari sabtu dimulakan sejak jam 2.00 petang hingga jam 11 malam. Encik Edy mengajar para penari Arab dengan beberapa 'step' baru. Lenggokan dan lentokan para penari Arab menarik perhatian anak teater seketika.

Aktiviti lain adalah seperti menyiapkan kad jemputan ke teater kami yang dilakukan oleh Syirah, Ila dan lain-lain. Aina pula ke KL untuk mendapatkan set aksesori penari Arab. Latihan dihentikan seketika pada jam 6 petang untuk memberi laluan kepada ahli produksi yang berminat untuk menjenguk Pasar Malam Tanjung Malim. Setelah makan malam dan menyegarkan diri (kami tak balik mandi), semua dipanggil semula berkumpul di bilik Seni Tari pada jam 8.15 malam.

Latihan malam dimulakan dengan warm up yang diketuai oleh Azwan, Aina, dan Asri. Sempena dengan sambutan Earth Hour di seluruh dunia, kami telah memadam separuh lamu bilik seni tari untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen Earth Hour. Lampu di koridor dan tandas berdekatan juga dipadamkan. Walaupun sibuk berlatih kami anak teater tidak lupa untuk menyelamatkan dunia dengan menyokong kempen ini.

Seterusnya latihan lakonan diteruskan sehingga jam 11.00 malam yang diakhiri dengan satu sesi perbincangan yang sangat serius.

Friday, March 26, 2010

latihan hari ini







latihan hari ini bermula dari jam 3.00 - 6.00 petang dan jam 8.30 - 12.00 tengah malam. aktiviti hari ini ialah sesis fotografi, menjahit 'bumper' tambahan penari, mereka buku program & poster, dan melatih penari. esok latihan bermula jam 2.00 petang

Thursday, March 25, 2010

Acara Teater : Monodrama & Pergerakan Kreatif


menuju ke arah ini












Wednesday, March 24, 2010

Showcase ditunda








Produksi Mahkamah Keadilan telah menunda tarikh showcase. mengikut jadual, showcase sepatutnya dijalankan pada hari ini (24/3). Hari ini semua banner telah siap digantung. yang paling akhir adalah yang dipasang di depan kolej KUO. semalam kumpulan produksi teater telah ke KLCC untuk menonton Espresi @ Rampaisari yang dipersembahkan oleh Kumpulan Persembahan Seni Petronas yang bertempat di P1 tingkat 3 bawah tanah KLCC.

Monday, March 22, 2010

Banner mula bergentayangan malam ini

contoh tiket yang sedang dijual oleh pelajar minor teater - dapatkan sekarang!

banner yang akan bergentayangan
Malam ini (22 MAc) Saya (Bob), Khalid, Sowin & Muhaimi telah memasang banner FERIA 2010 di sekitar kampus. Kami mulakan dengan memasang banner di KAB, kemudian di Pintu Timur. Esok banner terakhir akan digantung di stesen bas depan KUO. Terima kasih kepada rakan kerja bahagian Publisiti, Syirah yang telah mencipta rekaan banner untuk FERIA 2010 kali ini. Syirah telah mereka rekaan (design) banner, poster, bunting, kad jemputan, buku program, name tag, flyers, dan segala 'mak nenek' (memetik istilah Cik Lena) yang berkaitan dengan publisiti dan bahan cetakan untuk produksi ini. Cuma percetakan sahaja dilakukan di kedai. Semuanya hasil kerja tangan pelajar minor teater sendiri. Lagi 2 minggu pementasan akan berlangsung. Terus ikuti perkembangan produksi Kawteam...Mahkamah Keadilan!

Saturday, March 20, 2010

Jahit Kostum di Bilik Gerakan






hari ini perjumpaan melibatkan tukang-tukang jahit profesional produksi kami. bertempat di bilik gerakan teater yg akan di"renovate" tak lama lagi kami di sana bermula jam 1-5pm.

Friday, March 19, 2010

Set & Prop dalam pembikinan