Wednesday, March 17, 2010

Dapatkan tiket Sekarang!

malam tadi (17/3) tiket telah diedarkan kepada semua pelajar minor teater untuk dijual kepada orang ramai. setiap pelajar dibekalkan dengan 28 keping tiket untuk hari pertama dan kedua pementasan teater. tempat duduk di bawah dikenakan rm 4 manakala tempat duduk di atas dikenakan rm 3. mulai malam ini, banner produksi akhir minor teater, atau FERIA 2010 dijangka akan bergentayangan di seluruh kampus.

bahagian publisiti melaporkan pengesahan untuk penggantungan banner akan dibuat pada petang ini. seterusnya promosi melalui laman web UPSI akan dijalankan mulai esok. poster Feria dijangka akan mula dipaparkan di internet mulai minggu hadapan. selain itu terapat juga hebahan media dibuat melalui bahagian korporat dan pengantarabangsaan universiti. FERIA 2010 dijangka akan dipublisiti melalui akhbar dan beberapa media lain.

kita dijangka akan menjemput tetamu VIP khas selain Datuk Naib Canselor. Kemungkinan besar jemputan ialah sasterawan negara atau penggiat teater. diharap dengan adanya kehadiran tetamu-tetamu khas ini akan dapat lagi memberikan impak yang besar kepada pementasan Teater Mahkamah Keadilan.

2 comments:

Shunjike7 said...

where to get those tickets?

Kaw Team Production said...

call me at 019 4601301
im bob

Post a Comment