Pasu dan labu sayong untuk prop yang dipinjam daripada Dr. Tajol Suhaizam Said, Pensyarah Studio Tembikar FSM
Teknologi Multi Camera Production (MCP) daripada Sony yang digunakan oleh Pusat Teknologi Pendidikan dan Multimedia (PTPM) UPSI untuk merakam persembahan Mahkamah Keadilan
Pada malam terakhir pementasan, tetamu kehormat yang datang merupakan Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Aminah Ayob, Naib Canselor UPSI, Dr. Hallm Hussin Timbalan Dekan Akademik Fakulti Seni dan Muzik dan Yang Mulia Raja Azuan Nahar Raja Adnan, Ketua Jabatan Muzik bersama para ketua-ketua jabatan dan pensyarah turut hadir di malam bersejarah itu. Malah pelajar-pelajar sekolah dari Maktab Rendah Sains (MRSM) Felda, Perak turut datang memenuhi Panggung Budaya.
Menurut Front of House (FOH), tiket masuk telah habis dijual. Pintu panggung ditutup pada jam 8.50 apabila tetamu VIP telah masuk ke dalam panggung. Seperti biasa, persembahan dimulakan dengan persembahan monolog. Monolog malam itu dibawakan oleh Fenella Binti Mongsukin, pelajar minor teater semester 5. Monolog bertajuk Huminodun adalah karya Cik Lena Farida Hussain Chin. Sejurus selepas monolog tamat, sebuah video teaser dimainkan. Sebaik sahaja video itu tamat, bermulalah tarian pembukaan oleh penari-penari gelek Arab yang seterusnya meneruskan pementasan teater Mahkamah Keadilan.
Teater berjalan selama hampir satu jam. Walaupun pendek, namun impak komedi yang dittonjolkan oleh para pelakon telah mencuit hati dan menghangatkan panggung dengan gelak tawa dan tepukan gemuruh penonton. Ada-ada sahaja situasi dalam mahkamah yang membuatkan penonton ketawa. Ditambah pula dengan kehadiran chorus (watak orang ramai) daripada kumpulan pelajar minor Teater, suasana di pasar Arab itu memang nampak hidup. turut ditampilkan ialah keldai yang dilakonkan oleh Aziz.
Pementasan ditutup dengan tarian gelek Arab sekali lagi. Dan curtain call disinari kegembiraan dan kepuasan yang terpancar pada wajah setiap yang hadir. Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Aminah Ayob, Naib Canselor UPSI, Dr. Hallm Hussin Timbalan Dekan Akademik Fakulti Seni dan Muzik dan Yang Mulia Raja Azuan Nahar Raja Adnan, Ketua Jabatan Muzik turut diundang ke pentas untuk bersalaman dengan para pelakaon dan krew Mahkamah Keadilan. Cabutan tiket bertuah menyaksikan dua orang memenangi 2 hamper yang bernilai RM50 setiap satu. Setelah itu berlaku sesi bergambar bersama di atas pentas.
Pengurus Produksi, Encik Zolkipli turut memberikan sebiji kek sebagai hadiah kepada Kawteam sempena meraikan kejayaan itu. Cik Lena Farida dan Encik Nor Shuradi turut hadir pada sesi briefing akhir itu turut memberikan ucap tahniah kepada semua. Kemudian bump out mula dilakukan. Semua set dan prop dikemas semula dan disimpan di tempat yang sepatutnya. Menurut pensyarah, Kawteam boleh melakukan pementasan di luar universiti, maka semua set dan prop harus disimpan sebaik mungkin jika ada kemungkinan untuk digunakan semula.
Tamat sahaja berkemas, semua ahli Kawteam ke Restoran sahabat untuk makan bersama. Malam itulah malam terakhir mereka bersama sebagai satu kumpulan minor teater. Sedih dan gembira semua ada. Untuk pasukan Kawteam, gambar-gambar dan video akan anda dapat dalam masa terdekat. Terima kasih kepada PTPM yang telah merakam video dan jurukamera Mahadzir Bin Mahdini yang telah mengambil gambar pada malam itu.
Pada 13 April nanti, junior minor teater pula akan mementaskan drama Hang Li Po di SMK Kalumpang untuk memenuhi syarat subjek Teater Dalam Pendidikan. Sama-samalah kita datang beramai-ramai untuk menyokong mereka. Selain itu Majlis Anugerah Bakat Muda Selangor 2010 akan diadakan pada 16 April 2010 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya petaling Jaya. Semua pelajar minor teater, minor tari dan pelajar muzik dijemput hadir. Difahamkan dua buah bas akan ditempah untuk ke sana.
Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga Mahkamah Keadilan dapat dipentaskan lagi di mana sahaja suatu hari nanti agar kesinambungan blog ini boleh diteruskan. Kawteam ingin memberikan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan Mahkamah Keadilan.
Penghargaan dan terima kasih kepada Unit Teknikal iaitu
En. Zazul Azwan bin Mat Shah,
En. Zulbakri Bin Ujang,
En. Ellankoualan Vellasamy, En. Seow Sow Feng,
En. Zaid Bin Abdul Ghafar,
En Haizul Bin Abdul Ghafar dan
En Hairee bin Semin
yang diketuai oleh Puan Hajjah Maimon Bin Abbas.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada pasukan penggambaran video dari Pusat Teknologi Pendidikan dan Multimedia (PTPM) yang diketuai oleh En. Shahran Bin Daud
Dan juga penghargaan dan terima kasih kepada jurugambar khas Kawteam Production, Mahadzir Bin Mahdini
Pengacara Majlis
Bobby Winston
Lighting/Costume/Make up/Runner/Crew/Usher/
Gilliespie
Hidayah
Zaharah (Pengarah)
Persembahan Monolog oleh
Fenella Mongsukin
Pensyarah selaku Pengurus Produksi Teater Mahkamah Keadilan
Encik Zolkipli Bin Abdullah
barisan pelakon-pelakon yang telah menjayakan pementasan
Mahkamah Keadilan:
6 orang penari-penari gelek Arab
Arafat
Asri
Azwan
Muzammil
Muhaimi
Raizol
Koreografi tarian Arab hasil sentuhan koreografer
En Nor Shuradi Nor Hashim
Nelvin Bin Ebin sebagai watak tukang catat
Mohd Fais Bin Che Ahmad sebagai watak yang berbalut mata
Watak suami dan isteri dilakonkan oleh
Nor Asri Bin Esa dan
Nurul Asyikin Binti Abdullahe
Watak Petani dan keldai dilakonkan oleh
Nur Lailee Binti Abdul Hadee dan Abdul Aziz Bin Zakaria.
Watak Pemilik Itik Angsa hasil lakonan
Muhammad Firdaus Bin Hashim
watak tukang roti lakonan
Mohammad Nor Rakhim Bin Amat Jalani
Tuan Hakim
Nurul Aina Binti Abdul Aziz.
Pengarah Artistik dan Pengarah Persembahan,
Cik Lena Farida Binti Hussain Chin.
Turut menjayakan Mahkamah Keadilan, pemuzik iringan dari Unit Muzik, Fakulti Seni dan Muzik yang diketuai oleh
En. Suniza Bin Mustafa.
Kawteam production ingin merakamkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada Fakulti Seni dan Muzik, Perpustakaan Tuanku Bainun, Jabahan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kolej-kolej Kediaman, Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa, Pusat ICT, Jabatan Pengangkutan, Jabatan Keselamatan, Pusat Kesihatan, Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda,
Rakan krew-krew bantuan, penonton-penonton, para jemputan khas, setiap organisasi yang meminjamkan prop dan peralatan, pemberi perkhidmatan sama ada individu atau organisasi dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pementasan Teater Mahkamah Keadilan.
BERITAHU KEPADANYA ITIK ANGSA TELAH TERBANG!
0 comments:
Post a Comment