Thursday, April 8, 2010

Itik Angsa telah terbang malam tadi
















Tanjung Malim, 8 April 2010

Pementasan Teater Komedi Mahkamah Keadilan untuk malam pertama akhirnya berjalan dengan lancar. Foyer panggung Budaya telah dipenuhi penonton seawal jam 7.45 malam. Menjelang jam 8.15 foyer mula sesak dengan penonton yang datan berbondong-bondong; satu fenomena yang kami tidak jangka akan berlaku. Turut hadir pada malam tadi ialah wakil Akhbar Kosmo, pensyarah-pensyarah UPSI dan Maktab Perguruan Ilmu Khas dan juga pelajar-pelajar SMK Khir Johari Tanjung Malim.

Sementara menunggu pintu masuk dibuka, penonton berkesempatan melihat pameran yang disediakan. Bahan pameran merangkumi poster, maklumat mengenai teater dan persembahan multimedia yang dipancarkan pada layar besar. Selain itu penonton turut dihiburkan dengan persembahan pergerakan kreatif teater oleh pelajar Pergerakan Kreatif Teater yang beraksi di sekitar foyer.

Jam 8.30 malam pintu mula dibuka dan penonton mengambil tempat duduk masing-masing. Persembahan bermula tepat jam 8.50 malam. Persembahan dimulakan dengan persembahan monolog dan kemudiannya persembahan teater mahkamah keadilan.

Pementasan teater tamat pada jam 10.00 malam setelah cabutan tiket bertuah diadakan. Ketua Jabatan Muzik iaitu YM Encik Raja Azzuan Nahar Raja Adnan turut hadir menyaksikan persembahan teater ini. Esok dijangka tetamu VIP akan tiba dan diharap jumlah penonton akan terus bertambah. Bagi yang belum saksikan itik angsa terbang, mari ke panggung budaya dan lihat sendiri bagaimana itik angsa terbang di padang pasir!

0 comments:

Post a Comment