Produksi Mahkamah Keadilan akhirnya menamatkan penantian selama tiga bulan apabila hari yang dinantikan tiba juga pada hari ini. 8 April 2010 merupakan hari pementasan teater komedi Mahkamah Keadilan di Panggung Budaya UPSI. Sejak hari bump in sehingga semalam, semua krew dan pelakon produksi 'sibuk bagai nak rak' dengan 'segala mak nenek' persiapan untuk teater itu.
Kami bertuah kerana pihak Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI telah sudi untuk meminjamkan replika pokok palma yang terdapat di dalam perpustakaan untuk tujuan prop semasa pementasan. Untuk itu semua staf perpustakaan diberikan kelonggaran masuk percuma untu menyaksikan teater kami. Persiapan yang hebat telah kami lakukan pada set, prop, pentas, audio, pencahayaan, muzik, pengurusan dan sebagainya. Hanya tinggal komitmen tinggi para pelakon dan krew sahaja yang perlu untuk menjayakan sepenuhnya teater ini.
Malam tadi telah dijalankan raptai penuh teater yang bermula pada jam 9.00 malam. Dimulakan dengan monolog-monolog yang disampaikan oleh Fenella dan Mar, diikuti dengan tayangan 'teaser' Mahkamah Keadilan dan pementasan pun bermula. Raptai tamat pada jam 10.15 malam apabila pementasan tamat. Turut hadir pada praptai malam tadi ialah YM Encik Raja Azzuan Nahar Raja Adnan selaku Ketua Jabatan Muzik, Fakulti Seni dan Muzik UPSI. Beliau turut memberikan komen terhadap teater yang kami persembahkan.
Setelah menerima beberapa komen dan kritikan daripada pensyarah dan pengurus pentas, diharap para pelakon dapat memperbaiki prestasi mereka agar dapat beraksi dengan lebih baik malam ini. Kepada para penonton yang berminat dan yang akan datang ke panggung malam ini, tiket-tiket masih boleh didapati di kaunter tiket di Bilik Seni Tari tingkat 1 kompleks Muzik, FSM. Tiket dijual seperti goreng pisang panas menjelang hari-hari terakhir pementasan. Hubungi kami untuk mendapatkannya.

0 comments:
Post a Comment